Saturday 23 November 2013

Nabil Ahmad

Kereta Mitsubishi Lancer Nabil Ahmad Kena Pecah | Kereta pelawak Nabil Ahmad, 30, jenis Mitsubishi Lancer telah dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin dalam satu kejadian yang berlaku di Sungai Buloh.

Menurut Nabil, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun sedang makan malam di kawasan tersebut.

"Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah.

"Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang," katanya.

“Ini kali pertama kejadian sebegini berlaku pada diri saya dan saya akui ia silap saya juga. Saya tak patut tinggalkan beg di situ dan mungkin penjenayah ingat ada barang berharga dalam beg tersebut. Sebenarnya hanya ada baju dan pengecas telefon bimbit sahaja dalam beg tersebut.

Tapi nasib saya tak baik juga sebab kad pengenalan saya turut ada dalam beg berkenaan kerana saya baru balik dari gim petang itu. Apapun, saya bersyukur tiada perkara yang lebih buruk berlaku dan saya menghalalkan apa saja yang diambil penjenayah. Namun dia kena ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua,” ujar Nabil yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara sejurus selepas kejadian.

“Tidak dinafikan saya risau juga kerana kad pengenalan ada tertera alamat rumah. Jadi, saya mengambil langkah berjaga-jaga dan memberitahu pengawal keselamatan di kawasan rumah supaya memaklumkan saya jika ada orang yang tidak dikenali ingin datang ke rumah. Apapun, saya tidak pasti jika saya ada musuh, namun jika saya ada buat salah dengan sesiapa, saya minta maaf,” ujar Nabil mengakhiri perbualan.

Sebelum ini rumah Nabil Ahmad juga pernah dipecah masuk oleh perompak pada 1 Mac 2012. Dalam kejadian tersebut, sebuah komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000 hilang dilarikan penjenayah.
Korang maaflah benda ni menyemak but benda ni agak penting.kalau korang tahu nombor plat shahrol or ajak or sapa sapa jela especially pelawak yang korang minat,tolong ekk jangan hebohkan diam diam je sebab kereta nabil kena rompak semalam so harap korang diam je benda ni terlalu bahaya sekian

No comments:

Post a Comment