Saturday 23 November 2013

Nabil Ahmad

Kereta Mitsubishi Lancer Nabil Ahmad Kena Pecah | Kereta pelawak Nabil Ahmad, 30, jenis Mitsubishi Lancer telah dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin dalam satu kejadian yang berlaku di Sungai Buloh.

Menurut Nabil, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun sedang makan malam di kawasan tersebut.

"Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah.

"Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang," katanya.

“Ini kali pertama kejadian sebegini berlaku pada diri saya dan saya akui ia silap saya juga. Saya tak patut tinggalkan beg di situ dan mungkin penjenayah ingat ada barang berharga dalam beg tersebut. Sebenarnya hanya ada baju dan pengecas telefon bimbit sahaja dalam beg tersebut.

Tapi nasib saya tak baik juga sebab kad pengenalan saya turut ada dalam beg berkenaan kerana saya baru balik dari gim petang itu. Apapun, saya bersyukur tiada perkara yang lebih buruk berlaku dan saya menghalalkan apa saja yang diambil penjenayah. Namun dia kena ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua,” ujar Nabil yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara sejurus selepas kejadian.

“Tidak dinafikan saya risau juga kerana kad pengenalan ada tertera alamat rumah. Jadi, saya mengambil langkah berjaga-jaga dan memberitahu pengawal keselamatan di kawasan rumah supaya memaklumkan saya jika ada orang yang tidak dikenali ingin datang ke rumah. Apapun, saya tidak pasti jika saya ada musuh, namun jika saya ada buat salah dengan sesiapa, saya minta maaf,” ujar Nabil mengakhiri perbualan.

Sebelum ini rumah Nabil Ahmad juga pernah dipecah masuk oleh perompak pada 1 Mac 2012. Dalam kejadian tersebut, sebuah komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000 hilang dilarikan penjenayah.
Korang maaflah benda ni menyemak but benda ni agak penting.kalau korang tahu nombor plat shahrol or ajak or sapa sapa jela especially pelawak yang korang minat,tolong ekk jangan hebohkan diam diam je sebab kereta nabil kena rompak semalam so harap korang diam je benda ni terlalu bahaya sekian

Thursday 21 November 2013

MLM2013

Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 telah pun bermula jumaat lepas bertarikh 15 November 2013. Siapa yang tengok semalam? Angkat tangan! Hehe… Siaran langsung Maharaja Lawak Mega 2013 boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (135). Disiarkan setiap malam Sabtu, jam 10 malam.

Peserta MLM 2013 akan berentap di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 pada setiap minggu. Namun, semestinya setiap minggu pasti adanya penyingkiran. Jom terjah 16 kumpulan Maharaja Lawak Mega 2013 pada tahun ini.

Peserta Maharaja Lawak Mega 2013:

1. Sepahtu
2. Shiro
3.  Jambu
4. Wala
5. Nabil
6. Tulang
7. Zero
8. Osama
9. Boboi
10. SYJ
11. Mamu
12. Bocey
13. Gerak(tersingkir minggu pertama)
14. SayWho
15. Comey
16. Kucai

Tapi sayang diminggu pertama Gerak telah tersingkir

Pengacara Maharaja Lawak Mega 2013:
Dato’ Ac Mizal

Juri Professional Maharaja Lawak Mega 2013:
Dato’ Yusof Haslam
Luna Maya
Nora Danish
Sheikh haikal

Sistem Pemarkahan Peserta Maharaja Lawak Mega 2013:
70% undian daripada peminat
30% pemarkahan juri professional

Hadiah Pemenang Maharaja Lawak Mega 2013:
Juara – Wang tunai RM500,000
Naib juara – Wang tunai RM250,000
Tempat Ketiga – Wang tunai RM150,000

Page Maharaja Lawak Mega 2013:

https://www.facebook.com/pages/Maharaja-Lawak-Mega-2013/346203885497681

Saksikan Maharaja Lawak Mega 2013 setiap minggu
Hari: Sabtu
Jam: 10 malam

Saluran: 132 dan 135

Tuesday 12 November 2013

Af undi masuk

Assalamualaikum,

Semalam siapa yang menonton AF buzz mesti tahu yang ada undi masuk untuk perserta AF 2013 yang dah tersingkir.wah mesti ramai yang seronok kan? Rasa-rasa korang siapa yang dapat masuk eh? Bagi saya Azhael lah

Azhael bukan sahaja handsome tapi berbakat tau

Undi masuk di buka pada 9:30 malam semalam Dan ditutup 9:30 malam ni. Korang dah undi ke belum? Cepat undi sekarang lagi 2 jam undian tutup.. Goodluck all perserta!

Nak tahu siapa yang terpilih untuk undi masuk tengok meletop pukul 10.00 malam tau

OK lah tu je nak cakap

Sunday 10 November 2013

Maharajalawak mega 2013

Assalammualaikum,
Ok sekarang nak story pasal MLM 2013
Jumaat lalu telah berlangsungnya Hot Seat Maharaja Lawak Mega 2013 dan menyaksikan 3 kumpulan telah terpilih untuk bertanding dengan 13 peserta lain di MLM2013 dan menjadikan 16 peserta kesemuanya. MLM 2013 akan berlangsung pada 15 November ini
Tahniah pada kumpulan MaMu, Zero dan Gerak kerana berjaya melayakkan diri ke pusingan utama dan bersama dengan pelawak popular yang lain. Amir dan Bell menerusi kump Shake
membuat kejutan kerana berjaya membuat penonton ketawa dengan sketsa diorang namun rezeki takde kerana diorang tidak terpilih. Rasanya kump Zero paling kelakar semalam diikuti MaMu dan kumpulan lainApapun jom tengok senarai penuh 16 peserta yg akan menyertai MLM2013 ini.
1) Sepahtu (Jep, Shuib dan Rahim)
2) Nabil (peserta solo)
3) JamBu (Yus & Tauke)
4) BoBoi (Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik)
5) SaywHo (ada pertukaran ahli baru)
6) ShiRo (Ajak & Shahrol)
7) WaLa (Juara Raja Lawak Musim 7)
8) BoCey (Achey & Bochik- Juara n Naib Juara Bintang Mencari Bintang TV3)
9) KuCai (Arin, Munir & Mamat Sepah)
10)SYJ (Syuk Balas, Yassin & Jihan)
11)OsaMa (Os & Isma Alif)
12)CoMey (Suhaimi, Ropie & ?)
13)TuLang (Along Raja Lwk, Didie Alias & Soya)
14)MaMu (Abu & Ajo)
15)ZeRo (Naib Juara Raja Lawak 6)
16)GeRak (Pak Cu, Anu (XN3) & ?)

Boleh tahan gak peserta2 yang masuk ni, MLM niikutkan kalau dah juara pun memang boleh masuk lagiSebenarnya teringin juga nak tengok JOZAN bertanding bersama-sama Sepahtu mesti sengit habis tapi nampaknya JOZAN nak berehat tahun ni dan bagi peluang pada pelawak lain disamping diorang pun baru jer bergelar juara MLM2012 Januari lalu kan.dalam kita bergembira harap tak lupa kat Mohd Jad Thaqif kesian dia kena demam denggi and kesian kata AJAK SHIRO KENA CARI IDEA KAT HOSPITAL
Apapun Good Luck untuk semua peserta AND SEMOGA CEPAT SEMBUH JAD
Rasanya ramai yg meramalkan SepahTu ada peluang cerah untuk bergelar juara.Sorry sikit BAGI SAYA Sepahtu Vs Shiro haha KALINI ADA  TWINS JEP N SHAHROL MACAM MANA LAWAK DIORANG
Apapun kita tunggu dan lihat je
ok hehe

Zizan razak

Assalamualaikum
Ok harini saya nak cerita pasal Zizan Razak
TAHNIAH untuk brother kita a.k.a ZIZAN RAZAK atas pembukaan restoran BURGERBYTE di DAMANSARA PERDANA pada 26 OCTOBER 2013. Alhamdulillah.. rezeki bertambah dan harap ia terus bertambah dengan pembukaan restoran ini.. Jom kita rasa sama2 BURGERBYTE special made by ZIZAN ... kita serbu restoran yang dibuka di DAMANSARA PERDANA... Kata brother kita ni... beliau memang suka makan BURGER, sebabnya ia lazat, mudah disediakan dan ringkas. Restoran yang dikongsi bersama sahabatnya Rostam Affendy ini membawa kelainan dr restoran burgerbyte lain dengan menambah beberapa menu lagi... cukup untuk menjamu sebab restoran beliau sekarang mempunyai 62 jenis makanan ala2 western gitu...tp stay dengan citarasa melayu kita... alhamdulillah...  MOGA TERUS DIMURAHKAN REZEKI ~ZIZAN

Ajak Shiro

Assalamualaikum
Hi kawan kawan semua harini saya nak bagitahu mungkin ada yang tahu ada yang tak
MOHD JAD THAQIF BIN MOHD HANAFFI anak ajak shiro dimasuk kan ke hospital mesti nak tahu kan kenapa dia boleh masuk hospital ok lah sebab dia adalah jad thaqif tekena demam denggi ala kesiannya  akak doakan semoga Jad cepat sembuh ye akak and ajaklovers akan doakan jad
Jad cepat sembuh tau nanti dah sembuh boleh sokong baba(ajak shiro) kat mlm 2013
Good luck Abang ajak and all the best kesian Abang ajak kena fikirkan idea kat Hospital
OK lah tu saje yang saya nak cakap saya dapat tahu berita ni dari Instagram Abang ajak and kak Fifah so saya tulis dalam blog untuk siapa yang takde Instagram tu gambar dia