Friday 28 June 2013

Cerita sedih

Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang  lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni  cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab  seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam  blog ni. Cerita ni  dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian  atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu! Cerita si anak..... Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru  untuk menyara keluarga kami. Pada suatu  hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya  khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini  kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci  kepadanya dan terus lari. Keesokan harinya  salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau  hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau  mati saja?!!!” Ibuku hanya berdiam diri!!! Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…  Aku ingin keluar dari rumah itu… Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku  berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku. Suatu hari ibuku  datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak  pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,  anakku mentertawakannya... Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau  datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!! Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus  menghilangkan diri. Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan  pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku telah  memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…  Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah  usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!. Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal… Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!! Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat  yang ibuku ingin aku membacanya… “Anakku yang dikasihi, Ibu selalu  teringatkan kamu setiap masa… Ibu minta maaf kerana datang ke  Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan  datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama… Tetapi ibu mungkin  tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana  sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar. Kamu  mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat  kemalangan dan hilang satu mata........ Sebagai ibu, aku tidak  sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata... Oleh itu… Aku  memberi salah satu mataku kepada kamu… Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini… …Dengan kasihku kepadamu… …IBUMU… Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia  memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu! Wassalam...

No comments:

Post a Comment